Disertakan disini Soalan Lazim yang ditanya untuk rujukan pelanggan kami :
1. Adakah kek lapis ini Halal ?
Sudah pasti ianya dijamin halal. Sebagai orang Islam, itulah perkara pertama yang kami cuba pastikan apabila membeli bahan-bahan untuk membuat kek lapis kami
2. Apakah resepi untuk membuat kek lapis ?
Resepinya digunakan oleh kami semenjak dahulu lagi dan disukai oleh ramai. Bahan utamanya adalah seri kaya dan serbuk biskut marie. Kami tidak menggunakan tepung gandum biasa untuk menghasilkan kek lapis kami.
3. Bagaimanakah kaedah penghantaran ?
Setiap pesanan akan kami hantar melalui poslaju di dalam bekas yang dibungkus rapi.
4. Berapa lama untuk tempahan diterima oleh pembeli ?
Setelah tempahan kami terima dari tuan/puan, kami memerlukan masa 3-4 hari untuk menyediakannya kerana setiap kek yang ditempah dibuat khusus mengikut kehendak pelanggan. Penghantaran melalui pos ekspress pula akan mengambil masa 2-3 hari, bergantung kepada kawasan dimana pelanggan berada. Pelanggan boleh menyemak maklumat penghantaran mereka dengan merujuk kepada website pos ekspress.
5. Adakah selamat menggunakan pos ?
Insyaalah, kami cuba sedaya upaya. Jika ada sebarang masalah pelanggan boleh menghubungi kami.
6. Bagaimana untuk memastikan kek lapis ini tahan lama ?
Supaya kek ini tahan lebih lama, ianya perlu disimpan di dalam peti sejuk.